Lain-lain Perkhidmatan

[ ABIM - PERKIM - Maklumat Ajaran Salah ]

Badan-badan Kerajaan


Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Pengenalan

Angkatan Belia Malaysia atau nama ringkasnya ABIM telah ditubuhkan pada 6 Ogos 1971 bertempat di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Petaling Jaya. Penubuhan ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Hamzah Abu Samah, Menteri Kebudayaan Belia & Sukan pada masa itu. Muktamar ABIM yang pertama telah diadakan pada tahun 1972 di mana Ustaz Razali Nawawi telah dilantik sebagai Presiden ABIM yang pertama bersama sepuluh orang Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat. Pada tahun 1974 Anwar ibrahim (kini Dato' Seri) telah dilantik sebagai Presiden ABIM yang kedua, Siddiq Fadhil (kini Prof. Madya Dr.) telah dilantik untuk memangku dan seterusnya menjadi Presiden ABIM selepas kemasukan Anwar ke dalam UMNO pada tahun 1982. Dr. Muhammad Nur Manuty (kini Prof. Madya) telah dilantik sebagai Presiden pada tahun 1991 sehingga kini.

Di era 70 an dibawah Ustaz Nawawi dan kemudian Anwar Ibrahim, ABIM lebih kepada pendekatan "Confrontational" dan "Vocal" dengan kerajaan sesuai dengan situasi dan keperluan pada masa itu.

Dekad kedua, di tahun-tahun 80-an dibawah kepimpinan Siddiq Fadhil, merupakan era pendewasaan ABIM yang ditandai oleh perubahan orientasi dan aksi berkonfrontasi kepada pendekatan menangani dan menyelesaikan maslah ataupun pendekatan dakwah yang lebih hikmah.

Dekad ketiga, diera 90-an di bawah pimpinan Pro. Madya Dr. Muhammad Nur Manuty, ABIM lebih pro-aktif dan menjadi sebagai rakan dalam membina negara "Partner in nation building'. Kini alamat rasmi ABIM Pusat terletak di:

10-4, The Right Angle
Jalan 14/22, 46100 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03 7568618
Fax: 03 7564657


Tujuan ditubuhkan


Aktiviti

ABIM menjalankan pergerakan/aktivitinya berpandukan kepada apa yang tercatat di dalam perlembagaan. Aktiviti inin boleh dilaksanakan bagi pihak Jawatankuasa Kerja Pusat oleh Jawatankuasa Negeri/Wilayah persekutuan, Jawatankuasa Daerah, Jawatankuasa Unit dan Jawatankuasa-jawatankuasa lainnnya. Aktivitinya meliputi disegi sosio-ekonomi antara:

  1. Menggalakkan pengertian mengenai Islam dengan mana-mana pihak dan memupuk pengertian mengenai Islam dalam semua segi.
  2. Menjalankan dakwah Islam
  3. Menjalankan rancangan-rancangan yang bertujuan meninggikan taraf ummat Islam di segenap lapangan hidup
  4. Mengadakan lawatan muhibbah di dalam dan di luar negeri dan pertukaran belia-belia
  5. Menjalankan kerja-kerja kebajikan untuk belia-belia Islam
  6. Menerbitkan akhbar, majalah dan risalah-risalah
  7. Menerima dan menghantar berita-berita di dalam dan di luar negeri yang berkaitan dengan perkara dan masalah belia-belia Islam
  8. Menjadi wakil dengan sepenuhnya untuk membincangkan masalah-masalah belia Islam dengan pihak-pihak yang bertanggungjawab
  9. Menjalankan pergerakan-pergerakan lain yang dianggap mustahak untuk memperluaskan segala tujuan penubuhan ini dari semasa ke semasa
  10. Membantu badan-badan, memungut derma khas untuk tujuan tersebut jika mustahak
  11. Menjalankan projek-projek ekonomi yang boleh meninggikan taraf ekonomi ummat Islam
  12. Mencari bantuan kewangan dengan cara dan sumber yang halal bagi pihak dan melalui ABIM


Agensi-agensi ABIM

ABIM mempunyai agensi-agensi yang berfungsi untuk menyalurkan sumbangan disegi sosio-ekonomi kepada masyarakat iatu:


Keahlian ABIM

Ianya terbuka kepada semua belia Malaysia tidak kira apa bangsa atau kaum sekalipun, dan permohonan menjadi anggota hendaklah diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja Pusat. Permohonan menjadi anggota hendaklah dibuat dengan menggunakan borang rasmi ABIM. Jenis keahlian terbahagi kepada dua iaitu Ahli biasa dan Ahli seumur hidup.

Hak-hak keahlian

Kewajipan Keahlian

Prosedur Keahlian

  1. Isi borang Permohonan Menjadi Ahli dan hantar kepada Sekretariat ABIM Pusat (SAP)
  2. Tindakan : Negeri
  3. SAP akan mengeluarkan surat pengesahan penerimaan permohonan bagi permohonan yang lengkap
  4. Tindakan : SAP (keahlian)
  5. Jumlah permohonan yang diterima akan dimaklumkan kepada negeri setiap bulan
  6. Tindakan: SAP (keahlian)
  7. Hadir ke Program Orientasi Ahli Baru (POAB), di mana tarikh & tempat akan ditentukan oleh Negeri
  8. Tindakan : Negeri
  9. Surat kelulusan bersyarat akan dikeluarkan oleh SAP nenjemput pemohon untuk mengikuti Modul 1 & 2 (lihat lampiran)
  10. Tindakan : SAP (keahlian)
  11. Permohonan dikehendaki untuk mengikuti POAB seperti modul berikut :

Pemohon diwajibkan untuk mengikuti modul-modul 1 & 2 sebelum keahlian diberikan di hujung modul 2. Pemohon yang ketinggalan atau `Miss' modul 1 dikehendaki mengikuti modul yang ketinggalan itu pada siri akan datang sebelum keahliannya diluluskan.

Ke Atas!

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM)

Ibu Pejabat
Tingkat 3, Bangunan PERKIM
Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur
03-4426224/4412482


Cawangan Selangor
d/a Masjid Kolej Universiti Islam Antarabangsa
Jalan Universiti
Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
03-7561733


Ke Atas!

Maklumat Ajaran Salah

Ajaran atau Amalan yang Telah Difatwakan Menyeleweng dan Sesat Dalam Negeri Selangor

BilNama AjaranTarikh DifatwakanTarikh Diwartakan
1.Tarikat Naksabandiyah Kadirum Yahya3 Ogos 198514 Sept. 1995
2.Ajaran Nordin Putih26 Ogos 199528 Sept. 1995
3.Tarikat Mufarridiyah16 Sept. 199523 Nov. 1995
4.Ajaran Hj. Ghazali26 Ogos 199528 Sept. 1995
5.Ajaran Jahar Dumin16 Sept. 199523 Nov. 1995
6.Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana30 Sept. 199523 Nov. 1995
7.Ajaran Tarikat Zikrul Hassan Anak Rimau30 Sept. 199523 Nov. 1995
8.Ajaran Martabat Tujuh (Hamzah Embi)15 Jun 19957 Dis. 1995
9.Golongan Anti Hadis7 Okt. 199523 Nov. 1995
10.Ajaran Kahar Bin Ahmad28 Mac 199129 Ogos 1991
11.Aurad Ismailiah16 Sept. 199523 Nov. 1995
12.Arqam12 Julai 199411 Ogos 1994

 

Sebab-sebab ajaran tersebut diharamkan adalah seperti berikut :

1. Ajaran Tarikat Naksabandiyah Kadirum Yahya

Antara ciri-ciri ajaran Tarikat Naksabandiyah kadirum Yahya adalah seperti berikut :

 

2. Ajaran Nordin Putih

Antara ciri-ciri ajaran Nordin Putih adalah seperti berikut :

 

3. Tarikat Mufarridiyah

Antara ciri-ciri ajaran Tarikat Mufarridiyah adalah seperti berikut :

  1. Jamaaah - kerana tidak setaraf dengan orang biasa
  2. Jumaaat - bersolat di Masjidil haram

 

4. Ajaran Hj. Ghazali

Antara ciri-ciri ajaran Hj. Ghazali adalah seperti berikut :

 

5. Ajaran Jahar Dumin

Antara ciri-ciri ajaran Jahar bin Dumin adalah seperti berikut :

 

6. Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana

Antara ciri-ciri ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana adalah seperti berikut :

 

7. Ajaran Tariqat Zikrullah Hassan Anak Rimau

Antara ciri-ciri ajaran Tariqat Zikrullah hassan Anak Rimau adalah seperti berikut :

 

8.Ajaran Martabat Tujuh (Hamzah Embi)

Antara ciri-ciri ajaran Martabat Tujuh (Hamzah Embi) adalah seperti berikut :

 

9. Golongan Anti Hadis

Antara ciri-ciri ajaran Golongan Anti hadis adalah seperti berikut :

 

10. Ajaran Hj. Kahar bin Ahmad

Antara ciri-ciri ajaran Hj. Kahar bin Ahmad adalah seperti berikut :

 

11. Ajaran Ismailiah

Antara ciri-ciri aurad Ismailiah adalah seperti berikut :

 

12. Al- Arqam

Antara ciri-ciri ajaran Al-Arqam (Aurad Muhamadiah) adalah seperti berikut :