Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Pengenalan
Angkatan Belia Malaysia atau nama ringkasnya ABIM telah ditubuhkan pada 6 Ogos 1971 bertempat di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Petaling Jaya. Penubuhan ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Hamzah Abu Samah, Menteri Kebudayaan Belia & Sukan pada masa itu. Muktamar ABIM yang pertama telah diadakan pada tahun 1972 di mana Ustaz Razali Nawawi telah dilantik sebagai Presiden ABIM yang pertama bersama sepuluh orang Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat. Pada tahun 1974 Anwar ibrahim (kini Dato' Seri) telah dilantik sebagai Presiden ABIM yang kedua, Siddiq Fadhil (kini Prof. Madya Dr.) telah dilantik untuk memangku dan seterusnya menjadi Presiden ABIM selepas kemasukan Anwar ke dalam UMNO pada tahun 1982. Dr. Muhammad Nur Manuty (kini Prof. Madya) telah dilantik sebagai Presiden pada tahun 1991 sehingga kini.
Di era 70 an dibawah Ustaz Nawawi dan kemudian Anwar Ibrahim, ABIM lebih kepada pendekatan "Confrontational" dan "Vocal" dengan kerajaan sesuai dengan situasi dan keperluan pada masa itu.
Dekad kedua, di tahun-tahun 80-an dibawah kepimpinan Siddiq Fadhil, merupakan era pendewasaan ABIM yang ditandai oleh perubahan orientasi dan aksi berkonfrontasi kepada pendekatan menangani dan menyelesaikan maslah ataupun pendekatan dakwah yang lebih hikmah.
Dekad ketiga, diera 90-an di bawah pimpinan Pro. Madya Dr. Muhammad Nur Manuty, ABIM lebih pro-aktif dan menjadi sebagai rakan dalam membina negara "Partner in nation building'. Kini alamat rasmi ABIM Pusat terletak di:
10-4, The Right Angle
Jalan 14/22, 46100 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03 7568618
Fax: 03 7564657
Tujuan ditubuhkan
Aktiviti
ABIM menjalankan pergerakan/aktivitinya berpandukan kepada apa yang tercatat di dalam perlembagaan. Aktiviti inin boleh dilaksanakan bagi pihak Jawatankuasa Kerja Pusat oleh Jawatankuasa Negeri/Wilayah persekutuan, Jawatankuasa Daerah, Jawatankuasa Unit dan Jawatankuasa-jawatankuasa lainnnya. Aktivitinya meliputi disegi sosio-ekonomi antara:
Agensi-agensi ABIM
ABIM mempunyai agensi-agensi yang berfungsi untuk menyalurkan sumbangan disegi sosio-ekonomi kepada masyarakat iatu:
Keahlian ABIM
Ianya terbuka kepada semua belia Malaysia tidak kira apa bangsa atau kaum sekalipun, dan permohonan menjadi anggota hendaklah diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja Pusat. Permohonan menjadi anggota hendaklah dibuat dengan menggunakan borang rasmi ABIM. Jenis keahlian terbahagi kepada dua iaitu Ahli biasa dan Ahli seumur hidup.
Hak-hak keahlian
Kewajipan Keahlian
Prosedur Keahlian
Pemohon diwajibkan untuk mengikuti modul-modul 1 & 2 sebelum keahlian diberikan di hujung modul 2. Pemohon yang ketinggalan atau `Miss' modul 1 dikehendaki mengikuti modul yang ketinggalan itu pada siri akan datang sebelum keahliannya diluluskan.
Ke Atas!Ibu Pejabat
Tingkat 3, Bangunan PERKIM
Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur
03-4426224/4412482
Cawangan Selangor
d/a Masjid Kolej Universiti Islam Antarabangsa
Jalan Universiti
Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
03-7561733
Ajaran atau Amalan yang Telah Difatwakan Menyeleweng dan Sesat Dalam Negeri Selangor
Bil | Nama Ajaran | Tarikh Difatwakan | Tarikh Diwartakan |
1. | Tarikat Naksabandiyah Kadirum Yahya | 3 Ogos 1985 | 14 Sept. 1995 |
2. | Ajaran Nordin Putih | 26 Ogos 1995 | 28 Sept. 1995 |
3. | Tarikat Mufarridiyah | 16 Sept. 1995 | 23 Nov. 1995 |
4. | Ajaran Hj. Ghazali | 26 Ogos 1995 | 28 Sept. 1995 |
5. | Ajaran Jahar Dumin | 16 Sept. 1995 | 23 Nov. 1995 |
6. | Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana | 30 Sept. 1995 | 23 Nov. 1995 |
7. | Ajaran Tarikat Zikrul Hassan Anak Rimau | 30 Sept. 1995 | 23 Nov. 1995 |
8. | Ajaran Martabat Tujuh (Hamzah Embi) | 15 Jun 1995 | 7 Dis. 1995 |
9. | Golongan Anti Hadis | 7 Okt. 1995 | 23 Nov. 1995 |
10. | Ajaran Kahar Bin Ahmad | 28 Mac 1991 | 29 Ogos 1991 |
11. | Aurad Ismailiah | 16 Sept. 1995 | 23 Nov. 1995 |
12. | Arqam | 12 Julai 1994 | 11 Ogos 1994 |
Sebab-sebab ajaran tersebut diharamkan adalah seperti berikut :
1. Ajaran Tarikat Naksabandiyah Kadirum Yahya
Antara ciri-ciri ajaran Tarikat Naksabandiyah kadirum Yahya adalah seperti berikut :
- Tarikat ini didakwa kononnya diwahyukan Allah kepada Nabi Muhammad sebelum baginda menjadi Rasul. Melalui tariqat ini Allah menurunkan Nur (cahaya) ke dalam badan Nabi muhammad. Nur Muhammad ini diturunkan kepada salsilah hingga Prof. Kadirun Yahya sendiri.
- Pengikut-pengikut ajaran ini dikehendaki menggambarkan/ membayangkan wajah guru ajaran ini semasa beribadat supaya segera dikabul oleh Allah
- Tawassul dan rabitah dengan Guru Mursyid
- Penyelewengan tentang mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran
- Kalimah Allah mampu mengagalkan Kiamat
- Syafaat guru
- Roh mereka yang tidak memperolehi Nur di awang-awangan dan entah di mana
- Tiada jaminan masuk syurga tanpa frekuensi tak terhingga
Antara ciri-ciri ajaran Nordin Putih adalah seperti berikut :
- Beliau mengaku menjadi Imam Mahadi.
- Mendakwa menerima ijazah dari langit sewaktu berkhalwat di sebuah gua (1988).
- Mendakwa dapat keluarkan cahaya dari tubuhnya yang dinamakan cahaya Atas cahaya.
- pengikut lelaki dan wanita akan berpeluk dengan Nordin setiap kali membuat perjumpaan.
- Mencabar Ulamak
- Pengikut diberi air jampi.
- Mengajar ilmu syariat, tariqat, hakikat dan makrifat.
Antara ciri-ciri ajaran Tarikat Mufarridiyah adalah seperti berikut :
- Boleh melekatkan tangan
- Nampak cahaya di tengkuk.
- Nampak piring terbang
- Mengubat orang dengan doa sahaja.
- Jamaaah - kerana tidak setaraf dengan orang biasa
- Jumaaat - bersolat di Masjidil haram
Antara ciri-ciri ajaran Hj. Ghazali adalah seperti berikut :
- Mengajar Syariat, tarikat, hakikat dan makrifat. jika sampai peringkat hakikat syariat tidak perlu pakai lagi.
- Membawa ajaran Wahdatul Wujud dan Martabat Tujuh.
- Mengamal taubat hakikat seumur hidup.
- Hajar Aswad pada hakikatnya kemaluan wanita dan matahari kemaluan lelaki.
- Nabi Adam diturunkan ke bumi bukan kerana hukuman tetapi naik pangkat sebagai sufi.
- Mengamal nikah batin dan punyai isteri hakikat.
- Dosa/pahala tidak ada pada orang hakikat.
- Mengajar ilmu secara rahsia dan sesiapa yang membuka rahsia akan ditimpa bala.
- Lebih suka mengajar perempuan seorang demi seorang di dalam bilik.
- Murid perempuan disuruh mengurus dirinya dan melakukan perkara curang.
- Ramai perempuan terpangaruh hingga melupakan tanggungjawab terhadap suami dan rumahtangga.
- Pernah menyuruh isteri murid mengugurkan kandungan berusia 2 bulan untuk mendapatkan benih baru anak hakikat.
Antara ciri-ciri ajaran Jahar bin Dumin adalah seperti berikut :
- Mendakwa kumpulan mereka sahaja sebagai Ahli Sunnah Wal jamaah.
- Kumpulan mereka pengamal Sunnah Rasul dan ajaran yang belum sempat disebarkan oleh Rasulullah.
- Jahar bin Dumin mendakwa :
- Mendapat ilham dari Malaikat Jibrail, Rasulullah dan wahyu Allah.
- Sebagai wali Allah yang Muqqarabin.
- Sentiasa mendapat bantuan dari jin dan syaitan yang diislamkan.
- Sentiasa solat Jumaat secara ghaib di India, Syria dan Pakistan.
- Menterjemahkan kalimah Syahadah sebagai "Tiada Alam Bumi Melainkan Allah Dan Muhammmad Itu Pesuruh Allah".
- Tidak solat Jumaat kerana orang yang melakukannya dianggap berpura-pura dan munafik.
- Rukun Islam kelima boleh diganti dengan solat sunat 2 rakaat.
- Menghormati bapa ilmu (guru) lebih utama dari ibubapa kerana ia pembimbing masuk syurga.
- Membuat tuduhan semua umat Islam Di malaysia kafir, munafik dan sesat, sementara mereka adalah mukmin.
- Melarang ahli membaca Al-Quran jika tidak mengetahui maknanya.
- Riak adalah sifat wajib kumpulan ini.
- Sekiranya hendak masuk kumpulan ini hendaklah membuang segala aqidah ibarat bayi yang baru lahir.
- Mendakwa rukun Iman kelima adalah percaya kepada wali dan yang keenam adalah benda-benda ghaib.
6. Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana
Antara ciri-ciri ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana adalah seperti berikut :
- Diri Batin kita adalah Tuhan.
- Matlamat mengajar ilmu Hakikat ialah untuk menjadi Allah pada zahir dan batin yakni pada diri zahir dan batin yakni pada martabat kemuliaaan insan kamil mukamil, tiada sesuatu pun pada diri batin pada martabat kemuliaan insan kamil mukamil, tiada sesuatu pun pada dirinya kecuali Allah semata-mata kerana kita asal dari Allah maka kembali jadi Allah.
- Tanpa Muhammad wajib (tentu) Tuhan tiada.
- Matlamat akhir pengajian makrifah adalah untuk kembali semula menjadi Tuhan pada martabat diri kita pada alam ghaib yakni Ahad.
- Hakikat sembahyang itu berdiri menyaksikan diri kita sendiri bahwa tiada yang nyata pada kita adalah Allah (diri batin) dan Muhammad itu adlah diri zahir kita membawa dan menanggung rahsia Allah S.W.T.
- Ajaran Ilmu Tajalli ini berdasarkan tasawuf martabat tujuh yang sama dengan ajaran Taslim.
- Mengguna Hadis Maudu'
- Diri Zahir manusia dari Nur Muhammad zahir manusia ialah Muhammad.
- Kalimah Syahadah ditaafsir menurut bilangan huruf. Tiap satu huruf itu diregu dengan kalimah-kalimah istilah martabat tujuh, kebatinan.
- Zikir yang kemuncak ialah Ah, Ah, Ah - Huruf pertama dan akhir dari lafaz allah ditafsirkan Alif- kemaluan lelaki, dan Ha itu berlubang alat kemaluan perempuan. Demikian juga sembahyang 5 waktu terkandung dalam kalimah Alhamdu lima huruf.
- Tiada yang menyembah dan yang kena sembah.
7. Ajaran Tariqat Zikrullah Hassan Anak Rimau
Antara ciri-ciri ajaran Tariqat Zikrullah hassan Anak Rimau adalah seperti berikut :
- Gurunya berada di mana- mana sahaja makhluk berada.
- Gurunya adalah pemegang anak kunci syurga.
- Manusia adalah Tuhan dan Tuhan adalah manusia.
- Tidak perlu percaya kepada Nabi Muhammad S.A.W.
- Pernah mendakwa dirinya Tuhan.
- Berkuasa melantik di kalangan murid-muridnya sebagai wali Alllah dan menentukan darjatnya.
- Di waktu sembahyang dikehendaki mengingati guru terlebih dahulu sebelum mengingati Allah.
- Mendakwa dirinya diresapi roh Nabi Muhammad S.A.W dan di suatu masa nanti dia akan bertukar menjadi Imam Mahadi.
- Ratib/zikir selepas Maghrib, isyak dan Subuh.
8.Ajaran Martabat Tujuh (Hamzah Embi)
Antara ciri-ciri ajaran Martabat Tujuh (Hamzah Embi) adalah seperti berikut :
- Syeikh Hamzah Embi mengakui beliau mendapat keistimewaan luar biasa/karamah seperti :
- Bergaduh dengan hantu semasa menziarahi orang mati tetapi menurutnya orang ramai tidak melihat hantu hanya beliau sahaja yang dapat melihatnya
- Beliau mendakwa menyeberang Sungai Perak seperti menyeberang longkang sahaja.
- Mengamalkan ilmu kebatinan dalam mengubat penyakit dan menyatakan ilmu kebatinan tidak salah dalam Islam.
- Pernah diuji dengan seorang perempuan tidur dalam bilik di rumah seorang kaya di morib tetapi beliau dapat menahan keinginan dan menolaknya.
- Bacaan dua kalimah syahadah (semasa mengambil bai'at) tidak boleh putus/berhenti. Ini adalah sebagai syarat kepada ahli yang telah mengikutinya, tetapi dinafikan oleh guru dan menyatakan kalau nafas panjang adalah lebih baik disambung supaya kita tidak diselangi dengan was-was hal dunia.
- Beliau ada membuat kajian mengenai Wihdatul Ujud terbahagi 2, satu yang betul dan satu lagi yang salah.
Antara ciri-ciri ajaran Golongan Anti hadis adalah seperti berikut :
- Menolak hadis sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam.
- Menolak dua kalimah syahadah.
- Menolak rukun Iman iaitu percaya kepada Qada' dan Qadar.
- Memesongkan erti ayat Al-Quran.
- Mempertikaikan kesahihan sebenar ayat-ayat Al-Quran.
- Mendakwa Qiamat akan berlaku pada tahun 1710H/2280M.'
- Menafikan kedudukan nabi adam sebagai manusia pertama ciptaan Allah S.W.T.
- Menolak kemaksuman para Nabi.
- Menghina peribadi dan kedudukan Rasulullah S.A.W.
- Menolak syariat solat dan aurat wanita.
- Mencerca dan memfitnah ulamak.
- Mencabar dan mempertikaikan kewibaan pihak berkuasa Agama.
- Tidak mengikut disiplin ilmu-ilmu Islam.
10. Ajaran Hj. Kahar bin Ahmad
Antara ciri-ciri ajaran Hj. Kahar bin Ahmad adalah seperti berikut :
- Beliau mengaku dirinya sebagai Rasul atau "Utusan Allah". Dia mendakwa Rasul sentiasa ada di bumi untuk menyampaikan ilmu Allah.
- Beliau mengaku menerima wahyu daripada Allah yang diturunkan di Bukit Kemensah dan diturunkan dalam keadaan sepertimana dialami oleh Rasulullah S.A.W.
- Sembahyang lima waktu adalah tidak wajib. Pada dia "sembahyang" itu memadai dengan membuat kebaikan dan menjauhkan dari perkataan mungkar.
- Dia tidak percayakan Al-Quran yang ada sekarang ini sebagai Al-Quran yang sebenarnya. Pada dia, Al-Quran yang ada sekarang adalah sebagai catatan sahaja. Al-Quran yang sebenarnya berada di atas langit iaitu di loh Mahfuz.
- Dia tidak percayakan Hadis. Pada dia, Hadis yang ada sekarang ini hanyalah rekaan manusia yang dibuat selepas wafat Rasulullah S.A.W.
- Orang Islam tidak perlu mengerjakan ibadah haji ke Mekah. Ibadah haji boleh dibuat di mana-mana sahaja di bumi allah. Pada dia pergi ke Mekah dan ke Arab Saudi hanya untuk melihat kesan-kesan sejarah Rasulullah S.A.W
- Dia mendakwa ada mempunyai mukjizat. Mukjizat ini berlaku semasa beliau berada di Bukit Kemensah. Di peristiwa yang pertama hari itu hari hujan, tetapi dia tidak kena hujan. Di peristiwa yang pertama hari itu hari hujan, tetapi dia tidak kena hujan. Di peristiwa yang kedua, pada hari panas tetapi dia tidak merasai panas.
11. Ajaran Ismailiah
Antara ciri-ciri aurad Ismailiah adalah seperti berikut :
- Pengikut dikehendaki membayangkan wajah guru ketika berzikir dan bersuluk.
- Semasa berpuasa dan bersuluk pengikut tidak dibenarkan memakan makanan yang berdarah dan minum seteguk air sahaja bila dahaga.
- Semasa upacara berzikir, guru akan memukul lantai menggunakan rotan menyempurnakan rentak ratib.
- Kemuncak ratib ini ialah apabila pengikut-pengikut melompat tidak sedarkan diri.
- Guru menerima wahyu dari langit.
12. Al- Arqam
Antara ciri-ciri ajaran Al-Arqam (Aurad Muhamadiah) adalah seperti berikut :
- Berpegang pada konsep Syeikh Muhammad As Suhaimi sebagai Imam Mahadi.
- Syeikh Muhammad As Suhaimi
- Disama taraf dengan Khulafa Ar-Rasyidin melalui syahadah dan wirid tertentu.
- Menerima aurad Muhammadiah dari rasulullah dalam kaabah dalam keadaan jaga.
- Tidak mati tetapi Ghaib yang boleh menolong orang dalam kesusahan.
- Beramal dengan najlis Yaqazah
- Ashaari Muhammad:
- Pengikut berbaiah dengannya
- mendakwa seorang yang soleh wali ada ke rumah, seorang mujadid
- Mendakwa pemuda Bani Tamim
- Kiamat akan berlaku pada kurun ke 15
- Penafsiran berbeza Ashaari muhammad mengenai Surah An-Nisa ayat 3.
- Mendakwa Rasulullah punyai 37 orang isteri.
- Kumpulan ini mengamalkan pernikahan dan perceraian tidak mengikut perundangan Islam.
- Kumpulan mengutamakan Ashaari dan jemaaah lebih dari ibubapa.
- Mengecam para ulamak dan kewibaan agensi agama.
- Mengeksploitasi kanak-kanak untuk menjaga barangan keluaran Arqam.
- Sistem pendidikan yang memperluaskan pengaruh dan pendewaan terhadap Ashaari.
- program kebudayaan mereka untuk memperolehi simpati dan sokongan masyarakat.
![]()